Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITASekolah kerajaan, swasta belum beroperasi

Sekolah kerajaan, swasta belum beroperasi

Seperti yang diumumkan sebelum ini, sektor pendidikan merupakan sektor yang masih dilarang di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekali lagi menegaskan semua sekolah adalah tidak dibenarkan untuk beroperasi.

“Setakat ini tiada sekolah yang boleh dibuka termasuk sekolah kerajaan, swasta atau antarabangsa.

“Dengan ini saya berharap tidak ada pihak yang cuba melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan dengan cuba membuka sekolah sepanjang PKPB.

“Namun jika terdapat mana-mana sekolah beroperasi, Kementerian Pendidikan akan menyiasat perkara ini dan arahan penutupan akan segera dilaksanakan,” jelas beliau dalam sidang media harian PKPB hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments