Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAHanya warga Malaysia dibenar masuk ke tanah air

Hanya warga Malaysia dibenar masuk ke tanah air

Menurut polisi kerajaan, pintu negara ditutup kepada warga asing yang cuba memasuki sempadan Malaysia.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang berada di luar negara akan diberi kebenaran untuk pulang dengan syarat dikuarantin 14 hari secara wajib setelah tiba di tanah air.

Seterusnya jelas Dato’ Seri Ismail Sabri lagi, bagi rakyat Malaysia yang memiliki status PR di luar negara yang mahu kembali ke negara pemastautin juga akan dibenarkan.

Namun, mereka yang telah pulang ke negara berkenaan secara automatik dilarang kembali ke Malaysia semula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai PR di luar negara jika mereka mahu pulang ke negara yang memberi PR kepada mereka kita benarkan.

“Tetapi kita tidak benarkan jika mereka ingin pulang semula ke Malaysia sehingga PKPB ditamatkan,” kata beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments