Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASekolah ditutup dan dimusnahkan, kanak-kanak di Burkina belajar melalui pendidikan radio

Sekolah ditutup dan dimusnahkan, kanak-kanak di Burkina belajar melalui pendidikan radio

Di Burkina Faso, beribu-ribu sekolah telah ditutup dan dimusnahkan akibat krisis keganasan kumpulan bersenjata.

1.9 juta kanak-kanak keciciran sekolah dan tidak mendapat pendidikan di kawasan Barat dan Afrika Tengah.

Saban hari warga Burkina hidup dalam ketakutan dengan bunyi letupan dan tembakan.

Susulan krisis ini, ribuan guru tidak boleh bekerja dan dibunuh serta sekolah dibakar.

Dengan ribuan sekolah ditutup dan kanak-kanak terdedah dengan banyak risiko, UNICEF telah melancarkan satu program pendidikan radio.

Program inovatif ini merupakan sebahagian daripada usaha komprehensif untuk kanak-kanak yang keciciran dalam pembelajaran.

Berikutan terlalu berbahaya untuk kanak-kanak keluar, pihak UNICEF menyediakan fasilitator yang akan membuat lawatan ke rumah bagi menunjukkan cara mengikuti kelas di radio.

Walaupun situasi semasa ditahap berisiko, usaha seperti ini merupakan salah satu cara membantu kanak-kanak menerima pendidikan hak universal mereka.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments