Monday, May 27, 2024
HomeBERITASedih pemergian kucing kesayangan, netizen beri kata semangat kepada pelakon Azhar Sulaiman

Sedih pemergian kucing kesayangan, netizen beri kata semangat kepada pelakon Azhar Sulaiman

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman telah berkongsi satu entri berkenaan seekor kucing kesayangan keluarganya telah mati.

Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami, pada awalnya memuatnaik video berdurasi 0.36saat.

Menurutnya, dia mahu membawa kucingnya yang berumur 5 tahun itu ke klinik.

View this post on Instagram

My King Sakit Gigi/Gusi…..

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Ini kerana kucing yang diberi nama King itu tidak mahu makan, mungkin kerana sakit gigi atau gusi berikutan mulutnya dipenuhi darah.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi Azhar memuatnaik sekeping gambar di laman Instagramnya dengan memberitahu bahawa King sedang sakit tenat dan berada di Hospital Veterinar Animal Medical Centre (AMC).

Sehari selepas itu, sekali lagi Azhar memuatnaik video berdurasi 0.20 saat dan memberitahu bahawa King sudah mati.

“My Cat King Died @ 3am just now…..You will be missed my son.” tulis Azhar bersama video berkenaan.

Di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis menzahirkan rasa sedih mereka atas kehilangan kucing kesayangan pelakon berkenaan.


Dalam pada itu, Azhar Sulaiman dan keluarga mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh para peminat dan rakan-rakannya.

View this post on Instagram

Im feeling better kerana Kamu Semua….

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Bukan mudah untuk menerima perkhabaran sedih tentang kehilangan haiwan kesayangan yang sudah dijaga dengan penuh kasih sayang bertahun lamanya.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments