Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAPenyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan cahayamata lelaki

Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan cahayamata lelaki

Khabar gembira yang dikongsikan oleh Kaka Azraff di laman Instagram membuatkan rakan artis dan peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah di ruangan komen.

Anak saudara kepada ratu rock Negara, Ella itu memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram, keadaan Kaka dan juga bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Bayi lelaki yang belum diketahui nama itu dilahirkan kira-kira pada jam 2.14 petang semalam.

Untuk rekod, Kaka Azraff atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff sah bergelar isteri kepada usahawan muda iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz pada 14 Disember 2018.

Kaka menzahirkan terima kasih buat yang mendoakannya sepanjang kehamilan hingga bersalin.

Dia juga turut akan berkongsi lebih lanjut mengenai keadaannya dan bayi dari semasa ke semasa.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments