Baru-baru ini pelakon berbakat besar, Fasha Sandha telah meraikan majlis kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Di majlis yang bertemakan Ponytail, bekas suami dan ayah kandung kepada Jemyma, Rizal Ashram Ramli atau Jejai turut hadir bersama anak sulungnya, Putra Rayqal.

Namun di sebalik kemeriahan sambutan majlis, netizen tetap teropong mencari kesilapan yang berlaku.
Isunya, Jejai mencium mulut anak perempuannya pula yang menjadi bualan hangat di ruangan komen.

Netizen berkata, tindakan Jejai mencium mulut anak perempuannya tidak sepatutnya berlaku.
Meskipun hubungan bapa dan anak tidak dapat dipisahkan, namun perlu ada batas-batas yang harus dijaga dan juga tidak perlu mengikut budaya barat yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia.

Rakan-rakan artis turut hadir memeriahkan majlis antaranya, Jozlyn, Nur Sajat, Saerah dan ramai lagi.


Leave a Reply