Monday, May 27, 2024
HomeBERITATERKINIPutera Mateen tidak berbaju dan pamer badan sado, bikin netizen ‘melting’

Putera Mateen tidak berbaju dan pamer badan sado, bikin netizen ‘melting’

Sebut sahaja nama Pengiran Muda Abdul Mateen pasti akan membuat para gadis terpesona dan jatuh cinta pada jejaka tampan ini.

Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan sasa serta memiliki rupa paras yang segak, putera kepada Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan wanita.

Perkembangan kehidupan seharian kerabat DiRaja Brunei ini sentiasa mencuri perhatian ramai dan Putera Mateen sering memuat naik perkongsian terkini menerusi laman Instagram @tmski untuk tatapan para pengikutnya.

Terbaharu, fotonya tidak berbaju sedang menikmati santapan, dipercayai sedang bercuti di negara Arab telah menjadi tumpuan netizen.

View this post on Instagram

Somewhere in the Arabian Gulf

A post shared by Mateen (@tmski) on

Fotonya yang mempamerkan susuk badannya telah memukau pandangan para pengikutnya yang nyata kagum dengan badannya yang ‘sado’ dan kelihatan ‘macho’.

Bukan sahaja wanita, golongan lelaki turut terpesona dan memuji badan Putera Mateen yang tegap dan berotot serta semestinya memerlukan penjagaan rapi.

Netizen telah membanjiri di ruangan komen posting berkenaan dan menulis komen memikat dan nakal.

“Prepare somewhere and somewhen ovary explosion soon hahaha” -mundreos

“Lets pengsan ????” -@rosa.roslee

“Baby sayang kenapa hot sgt ni ????????” -@eimy_zafirah

“Calon imam??? ????????????” -@iammirandakira

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments