Petikan ucapan Menteri Besar Perak :
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
ahli-ahli yang berhormat yang telah pun sama-sama membuat keputusan seperti apa yang diperkatakan oleh YB Pengkalan Baru demi kepentingan rakyat”
“Saya terima dengan penuh redha dan saya fikir dalam waktu kita menghadapi keadaan yang tidak menentu, ekonomi, masalah pekerjaan dikalangan rakyat dan sebagainya, masalah politik ini tidak perlu kita panjang-panjangkan”
“Saya selaku Menteri Besar buat masa ini ingin memberi satu komitmen untuk memastikan transisi kepada kerajaan yang baru akan di buat dengan penuh berhemah, demi kepentingan rakyat.
“Its a great honour to served our beloved state. Patik menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas kesempatan patik untuk menabur bakti kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Terima kasih semua”
Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Sidang DUN Belanjawan 2021 Perak.
Video: FB Faizal Azumu, Belanjawan 2021 Perak.

Leave a Reply