Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAAlif Satar kembali pulih, mahu berehat dan luang masa bersama keluarga

Alif Satar kembali pulih, mahu berehat dan luang masa bersama keluarga

Selepas 12 hari menjalani proses kuarantin, selebriti versatile Alif Satar kembali pulih dan telah dibenarkan discaj dari Hospital Melaka.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram peribadinya, Alif menzahirkan rasa syukur di atas perkembangan kesihatan terkininya itu.

“Atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia, Alif kembali sihat dan kini telah kembali ke pangkuan keluarga.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan,” ucapnya.

Alif juga memanjatkan kesyukuran kerana semua pihak yang terlibat di set penggambaran yang membabitkan rakan-rakan artis serta krew produksi TV3 untuk rancangan Muzik-Muzik disahkan negatif dan bebas dari pandemik.

“Terima kasih Alif ucapkan kepada semua terutama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi TV3 dan JS Picture yang cukup prihatin, bertindak pantas serta bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas Alif disahkan positif.

“Terima kasih diatas titipan doa, bantuan moral berupa kata-kata semangat, sokongan, bertanya khabar dan bantuan tenaga buat Alif sekeluarga.

“Jutaan terima kasih buat ‘frontliner Malaysia’ terutamanya Hospital Melaka dan Hospital Sungai Buloh. Begitu juga saudara mara, sahabat, wartawan, rakan media.Alif sayang semua,” kongsinya dalam satu siaran media.

Dalam pada itu, Alif turut mengambil kesempatan berehat dan meluangkan masa bersama keluarga sebelum kembali bekerja seperti biasa.

Sehubungan itu, Alif turyt menyeru agar seluruh rakyat memahami maksud #kitaJagaKita.

“Kita wajar memberi sokongan moral dan bantuan buat pesakit COVID-19 serta hentikan stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong kepada mangsa sekeluarga,” katanya.

Terdahulu, portal kami telah berkongsi berita penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar disahkan Positif COVID-19 dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Melaka pada 22 November lalu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments