Friday, July 19, 2024
HomeBERITA"Saya minta maaf kerana untung taikun" - PM

“Saya minta maaf kerana untung taikun” – PM

“Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun”.

Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan terbaru di blog beliau, chedet.cc.

Tun Dr. Mahathir turut mengakui terbabit dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada ketika itu.

“Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.

Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia”, katanya.

Ujar Tun, memanglah baik jika tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

Namun, dengan ini semua kakitangan mereka yang kaya dan tidak kaya akan menganggur.

Eksport juga akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara.

“Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang.

Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan”, katanya.

Tambahnya, dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun, kerajaan terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun.

Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin.

“Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara.

Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan”, katanya.

“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?,” katanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments