Pelakon kacukan Melayu-Australia, Nadia Brian tampil dengan idea unik apabila memilih konsep berendam di dalam kolam sebagai simbolik sambutan ‘Bridal Shower’ baru-baru ini.
Majlis yang dilihat semakin ‘trending’ adalah acara peribadi yang disambut bersama rakan-rakan rapat sebelum bergelar raja sehari.
Nadia yang juga seorang model turut berkongsi beberapa foto dan video acara ketika majlis itu berlangsung.
Tampil cantik dan memukau dengan ‘dress’ berwarna merah dan dilengkapkan dengan perhiasan ‘Crown’ di kepalanya.
Beberapa kenalan rapat serta rakan selebriti, antaranya Ainul Aishah dan Hannah Delisha turut hadir memeriahkan majlis.
Untuk rekod, Nadia Brian dan Muizz Nasruddin telah mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu dan difahamkan pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 9 November ini.

Leave a Reply