Thursday, May 16, 2024
HomeBERITA'Saya mahu pimpin Umno, jadi PM satu hari nanti' - Khairy

‘Saya mahu pimpin Umno, jadi PM satu hari nanti’ – Khairy

Calon BN untuk Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berkata kawasan Parlimen itu pada masa depan akan diwakili presiden Umno dan perdana menteri jika dia menang dalam PRU kali ini.

Pun begitu, Khairy berkata cita-citanya itu bukanlah selepas PRU15 memandangkan Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri bagi BN.

Khairy bagaimanapun tidak memberikan garis masa secara jelas.

Namun harapannya adalah perkara itu tidak akan mengambil masa terlalu lama.

“Kalau saya menang di sini, kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya akan bawa orang Sungai Buloh…satu hari nanti kita pimpin Malaysia, insya-Allah,” katanya kepada kira-kira 900 hadirin dalam satu program di Saujana Utama semalam.

Orang Sungai Buloh sokong saya hari ini…satu hari nanti saya nak pimpin Umno, satu hari nanti saya nak jadi perdana menteri anda.

“Tetapi bukan sekaranglah…Umur saya 46 tahun, boleh tunggu. Sekarang (kalau) kita memang, kekanda saya Ismail Sabri jadi perdana menteri. Saya sedia tetapi saya kena buktikan di Sungai Buloh dulu.” katanya lagi.

Dia berkata dia perlu menang di kerusi Parlimen itu – yang dimenangi R Sivarasa dari PKR dengan majoriti 26,634 undi pada PRU lalu – agar dia boleh dengan yakin memberitahu Umno tentang cita-citany untuk memimpin parti itu dan Malaysia.

Bekas ketua pemuda Umno itu bertanding di Sungai Buloh setelah memberi laluan kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan Mohamad Hassan di Rembau – kerusi yang dipegangnya sejak 2008.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments