Monday, July 15, 2024
HomeBERITASate Hipster berwarna-warni tampil kelainan,pikat selera pengunjung

Sate Hipster berwarna-warni tampil kelainan,pikat selera pengunjung

Satay, apabila menyebut mengenai makanan yang dibakar itu pastinya anda akan terbayang isi ayam atau daging mahupun perut yang diperap bersama rempah dan juga kunyit.

Namun berbeza penampilan hidangan Sate Hipster, anda akan dijamu dengan kelainan iaitu satay yang berwarna-warni!

Siapa sangka dahulunya bergelar ‘mat rempit’ yang sering dipandang serong oleh masyarakat, kini menjadi contoh tauladan yang baik buat pemuda setempat.

Muhammad Zulhanif Hazman, 24 tahun mencetus fenomena dan tampil mencipta keunikan tersendiri apabila berjaya mengusahakan Sate Hipster yang berwarna-warni di Kemaman, Terengganu.

Sate Hipster terdapat 4 jenis warna yang disediakan iaitu biru, kuning, merah dan hijau.

Menurut ushawan muda ini, idea untuk membuat sate berwarna-warni ini tercetus selepas mendapat nasihat daripada pembimbing program Empower ECER yang telah disertainya.

Selain warnanya yang unik, tekstur sate ini juga lebih lembut dan rasa kuah kacang pula sangat enak melalui resipi turun- temurun nenek serta ibunya.

Pada permulaannya, dalam usaha mengukuhkan perniagaan sudah pasti banyak dugaan dan cabaran.

Namun khidmat nasihat dan bimbingan dari Empower ECER menjadikan pemuda ini berani dan terus melangkah maju ke hadapan.

Tidak dinafikan ramai yang mempersoalkan warna sate yang dihasilkan olehnya. Tetapi setelah mencuba sendiri sate berkenaan, ramai yang suka dan terpikat dengan rasanya yang sedap dan lembut malah warna sate itu juga menambahkan lagi selera pengunjung.

Untuk merasai sendiri keenakan dan keunikan Sate Hipster, anda bolehlah ke Four Z Brothers Cafe seperti butiran di bawah:

Lokasi: Kampung Gong Limau, Kemaman, Terengganu.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Anda juga boleh melayari laman Facebook: https://www.facebook.com/fourzbrothers/ dan juga
Whatsapp: http://fourzbrothers.wasap.my/ untuk sebarang pertanyaan lanjut.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments