Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITARumah Perakku bukti keprihatinan kerajaan negeri

Rumah Perakku bukti keprihatinan kerajaan negeri

Bertuah sungguh warga Perak. Rumah yang berharga RM120,000 dalam pasaran, kerajaan negeri hanya menjual dengan harga RM70,000 sahaja.

Untungnya rakyat Perak, apabila kerajaan negeri menawarkan bantuan rumah dalam kategori mampu milik di bawah skim Rumah Perakku khusus untuk golongan berpendapatan rendah, B40.

Mensasarkan 50,000 unit rumah mampu milik di kawasan bandar mahupun luar bandar, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan rumah adalah asas dalam keperluan hidup.

Oleh kerana itu, beliau mengambil berat permasalahan warga Perak yang belum mempunyai rumah sendiri terutama bagi mereka yang sudah berumahtangga.

Malah beliau sendiri turun padang menyampaikan Surat Tawaran Rumah Perakku Ulu Bernam Timur dan Mukim Slim yang berlangsung di Trolak Pekan, Tanjong Malim.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata jika masyarakat hidup dalam sebuah rumah yang kurang selesa, maka banyak aktiviti akan dilakukan di luar rumah dan berkemungkinan besar masalah sosial mudah berlaku.

Atas dasar itu, skim bantuan yang dilaksanakan di seluruh daerah negeri Perak ini dibina dengan keluasan 860 kaki persegi, mempunyai dua bilik air, dilengkapi jubin dan menggunakan material yang berkualiti seperti bumbung yang mencapai standard bagi mengurangkan bunyi bising ketika hujan.

Dengan kata mudah, golongan sasar bukan setakat memiliki rumah dengan harga yang rendah, malah fizikal rumah juga dibina dengan bahan binaan berkualiti dan reka bentuk moden.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga telah membuat penambahbaikan dasar pemilikan rumah bagi mengimbangi masalah masyarakat yang masih tidak mempunyai rumah khusus golongan muda B40 yang baru mendirikan rumah tangga.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengumumkan program pembiayaan secara rent-to- own mengikut kontrak shariah ijarah muntahiyah bi tamlik, iaitu kontrak sewaan yang berakhir dengan pemilikan yang telah diluluskan oleh penasihat shariah Bank Negara Malaysia.

Dengan rekaan cantik, rekabentuk pula moden, rumah besar dan selesa, usaha ini nyata mendapat sambutan hangat di kalangan warga Perak.

Wahhhh, bertuah sungguh rakyat Perak.
Dah la dapat rumah dengan harga rendah, rumah pulak moden dan lengkap dengan aksesori yang berkualiti tinggi, program pembiayaan pula mengikut syariah juga ditawarkan kerajaan.

Terima kasih MB Peja, tahniah warga Perak!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments