Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 822 kes baharu, dua kematian direkodkan

COVID-19 : 822 kes baharu, dua kematian direkodkan

Sebanyak 822 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 815 kes tempatan dan tujuh kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 42,872 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 769 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 31,073 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah 11,497 orang manakala 86 pesakit berada di ICU dan 30 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 302 kes.

Adalah diharapkan agar orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November lalu sehingga 6 Disember ini.

Ini adalah usaha bagi mengekang seterusnya memutuskan rantaian COVID-19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments