RTM penyiar rasmi Piala Dunia 2022

0

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menjadi penyiar rasmi bagi acara sukan terbesar dunia itu.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata,  sebanyak 41 perlawanan akan disiarkan oleh RTM.

Ia mencakupi 27 perlawanan secara langsung termasuk perlawanan akhir dan 14 siaran tertunda melibatkan 130 jam siaran secara keseluruhan.

“RTM akan menyiarkan perlawanan melibatkan negara ranking tinggi yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia 2022 Qatar sempena pelantikan RTM sebagai penyiar rasmi acara sukan itu, di sini pada Ahad.

Piala Dunia 2022 akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply