Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITA5,230 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

5,230 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kes harian baharu COVID-19 pada Jumaat mencecah 5,230 jangkitan yang merupakan tertinggi sepanjang tempoh seminggu ini.

Kali terakhir angka kes 5,000 dilaporkan adalah pada 23 April lalu dengan 5,624 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 24,087 kes harian baharu direkod sepanjang seminggu ini berbanding 21,083 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,877 kes diikuti Kuala Lumpur 1,584 kes.

Tujuh negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Putrajaya.

Negeri selebihnya kecuali Perlis mencatat kes jangkitan dua angka.

Ini menjadikan kes aktif COVID-19 dalam negara meningkat kepada 41,208 kes sementara kes kumulatif sebanyak 4,613,998 kes.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments