Ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19, harga minyak mentah dunia terus menurun.
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini melaporkan harga produk petroleum secara mingguan yang akan berkuatkuasa mulai esok, 21hb sehingga 27 Mac 2020.

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 36 sen seliter iaitu daripada RM2.10 kepada RM1.74 seliter.
Manakala, petrol RON95 daripada RM1.82 kepada RM1.44 seliter dengan penurunan 38 sen.
Serta diesel mencatat harga petrol paling murah RM1.75 seliter berbanding sebelum ini RM1.87 turun sebanyak 12 sen.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply