Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Peningkatan 130 kes baharu, 48 melalui kes kluster tabligh

COVID-19 : Peningkatan 130 kes baharu, 48 melalui kes kluster tabligh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 130 kes baharu dilaporkan dan 48 darinya terdiri daripada kes kluster tabligh.

Terkini, jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 1,030 berserta 26 pesakit di wad ICU.

12 lagi kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 87 orang setakat ini.

Bilangan kes COVID-19 mengikut negeri paling tinggi ialah Selangor (263), Kuala Lumpur (139), Sabah (119) dan Johor (114).

Negeri lain yang menyusul termasuklah Negeri Sembilan (65), Sarawak (58), Kelantan (51), Perak (45), Kedah (41), Pulau Pinang (37), Pahang (36), Melaka (22), Terengganu (20), Perlis (9), Wilayah Persekutuan Putrajaya (6) dan Wilayah Persekutuan Labuan (5).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments