Friday, July 26, 2024
HomeBERITARM181.5 Juta Keuntungan FELCRA Diagihkan Kepada Peserta

RM181.5 Juta Keuntungan FELCRA Diagihkan Kepada Peserta

TAPAH, 17 Oktober 2022 – Sejumlah RM181.5 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022, FELCRA Berhad akan diagihkan kepada 74,949 peserta di seluruh negara.

“Saya juga gembira kerana FELCRA Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu, sekali gus membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi negara. Sekali lagi syabas dan tahniah saya ucapkan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Majlis Ramah Mesra bersama Peserta FELCRA Berhad, Pekebun Kecil Risda dan masyarakat orang asli di Arena Merdeka, Tapah, Perak di sini.

Turut Hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju menghapuskan hutang peserta FELCRA.

Katanya penghapusan itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 223.8 juta.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments