Rizman Nordin bakal bergelar bapa

0

Pereka fesyen popular, Rizman Nordin dan isterinya, Norida Suraya bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Rizman sendiri di laman Instagramnya dan menurutnya, kandungan isterinya kini telah memasuki bulan keempat.

“Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat. .” tulis Rizman.

Rizman turut berdoa supaya anugerah pinjaman dari Yang Maha Esa itu dilahirkan dalam keadaan yang cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah diciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat mereka didik ia kejalan yang benar dan bakal membawa mereka ke syurga kelak.

Disamping itu, Rizman turut memuat naik beberapa gambar dan juga video ultrasound yang dilakukan di Prince Court Hospital.

Untuk rekod, Rizman dan isteri melangsungkan perkahwinan mereka pada 13 September 2019 dalam satu majlis yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply