Saturday, May 11, 2024
HomeBERITAKejutan hari kelahiran bertukar tragedi

Kejutan hari kelahiran bertukar tragedi

Benarlah pesanan orang tua, jangan terlalu gembira kelak akan berduka, seperti itulah yang dilalui oleh pemilik akaun Twitter Dxnots atay Auzarie.

“Kisah sedih tak berapa lucu yg ringkas buat pengajaran semua.
Happy birthday to me” tulis Auzarie bersama satu video berdurasi 0.22 saat.

Auzarie yang pada awalnya berkumpul bersama beberapa orang rakannya kemudian menerima kejutan hari lahir apabila pelayan di premis makanan membawa sepinggan makanan bersama lilin yang telah dinyalakan.

Kemudiannya rakannya mula menyembur snowy spray yang sering digunakan untuk menyambut hari lahir sebelum sempat Auzarie meniup dan memadam api pada lilin berkenaan.

Kemalangan yang tidak dijangka itu menyebabkan api tersebut menyambar snowy spray yang sedang disembur sekaligus menyambar kepala Auzarie.

Menurut Auzarie, kejadian itu menyebabkan rambut dan beberapa bahagian pada wajahnya terbakar.

“Masih ada balance rambut lg kt tepi. Lubang sikit je. Cuma bila diorg tepuk kepala habis kek sy berbulu bang, botak sikit mcam kawah. Insha Allah 3-4 bulan takyah shave misai”, celoteh Auzarie.

Nampaknya apa yang berlaku kepada pemuda ini boleh dijadikan peringatan dan tauladan kepada semua diluar sana mengenai bahaya barangan spray dengan percikkan api.

Video berkenaan setakat ini telah mendapat 9827 tanda suka, 12,800 diulangkicau dan 201,000 jumlah tontonan dari warga Twitter –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments