Friday, June 14, 2024
HomeBERITARentas negeri dibenarkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31...

Rentas negeri dibenarkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir pada Selasa ini (9 Jun ) akan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, dalam tempoh PKPP akan banyak kelonggaran diberikan bagi memudahkan rakyat menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

“Mulai 10 Jun, pergerakan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Justeru bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa di kampung boleh berbuat demikian,” ujar beliau.

Berbicara lanjut, beliau berkata sehingga kini hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan dan perniagaan serta sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.

“Selain itu, aktiviti yang termasuk di dalam senarai dibenarkan adalah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk aktiviti kolam pancing, komersial dan pengambaran filem,” kata Perdana Menteri sebentar tadi.

SIARAN LANGSUNG :PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

SIARAN LANGSUNG :PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, 7 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments