Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAMelancong dalam negeri dengan amalan normal baharu, sambutan Aidiladha dan ibadah korban...

Melancong dalam negeri dengan amalan normal baharu, sambutan Aidiladha dan ibadah korban patuh SOP dibenarkan

Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti perlancongan domestik beroperasi.

Walau bagaimanapun, aktiviti pelancongan hanyalah dibenarkan melancong di dalam negeri sahaja dengan mengamalkan normal baharu, manakala aktiviti melancong ke luar negara masih berada didalam senarai dilarang.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban juga akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa Agama Islam.

“Manakala, bagi kategori sukan yang dibenarkan adalah bowling, badminton, memanah, menembak serta aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motorsikal.

“Aktiviti sukan yang dilarang ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam serta sukan bersentuhan termasuk ragbi, gusti, tinju, bolak sepak, bola keranjang dan hoki,” jelas beliau dengan lebih lanjut dalam perutusan khas petang ini.

Perdana Menteri menambah, walaupun banyak kelonggaran telah diberikan namun masih terdapat beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang iaitu termasuklah operasi pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kumpulan yang ramai ataupun bersesak.

SIARAN LANGSUNG :PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

SIARAN LANGSUNG :PERUTUSAN KHAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, 7 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments