Friday, May 24, 2024
HomeBERITARemaja hamba seks bapa meninggal dunia selepas melahirkan bayi lelaki

Remaja hamba seks bapa meninggal dunia selepas melahirkan bayi lelaki

Di Brasilia, seorang remaja perempuan menjadi hamba seks bapa meninggal dunia selepas melahirkan bayi.

Luana Ketlen dikatakan menjadi mangsa seks bapanya selama empat tahun sejak dia berusia 9 tahun.

Sebelum ini, remaja hamil tujuh bulan itu dibawa ke hospital kerana mengalami sakit teruk.

Doktor mendiagnos beliau mengalami anaemia teruk dan memutuskan untuk mempercepatkan kelahiran.

Selepas melahirkan bayi lelaki, kesihatannya bertambah buruk dan keputusan ujian menunjukkan Luana turut mengalami komplikasi lain termasuk sirosis hati, air dalam paru-paru dan tekanan darah rendah.

Luana, 13 tahun disahkan meninggal dunia pada 11 Disember selepas melahirkan bayi lelaki sebelum dikejarkan ke unit rawatan khas.

Polis mengeluarkan waran tangkap ke atas bapanya Tome Faba dan didakwa dengan tuduhan mendera kanak-kanak dan membunuh tanpa niat.

Tome Faba, 36 melarikan diri sebelum berjaya ditangkap di bandar raya Coari seminggu kemudian.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments