Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAHamil enam bulan, Izara bakal melahirkan bayi pertama tahun 2020

Hamil enam bulan, Izara bakal melahirkan bayi pertama tahun 2020

Pelakon yang sedang meningkat naik, Izara Aishah bakal bergelar seorang ibu apabila Izara mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil enam bulan.

Menurut Izara, dia dan suami, Adib Khalid mengimpikan untuk mendapat zuriat pada tahun 2020 dan kerana masih berada di fasa awal kehamilan dan baru kini dia bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut.

Menurut Izara lagi, dahulu mereka masih mahu menikmati masa bersama (berdua) terlebih dahulu.

Tambah Izara, sebelum ini jika disoal mengenai zuriat, mereka berdua memilih untuk mendiamkan diri dan hanya mengaminkan doa dan kata kata positif dari orang sekeliling.

Malah tidak kurang juga yang menuduh dia mandul kerana masih belum dikurniakan zuriat meskipun sudah 2 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Tambah Izara lagi, dia bukan lah seorang yang suka berkongsi hal peribadi secara terbuka malah perkara itu diketahui oleh orang sekeliling. Oleh yang demikian dia memilih untuk menyimpan berita kehamilan ini selama enam bulan sebelum bersedia untuk dikongsikan.

Ketika disoal mengenai pembawaan anak sulung, menurutnya dia dalam keadaan yang baik malah dia langsung tidak mengalami alahan malahan bayi dalam kandungan juga sihat.

Izara turut berharap supaya proses kelahiran anak mereka berdua nanti akan dipermudahkan.

Tambah Izara lagi, dia memilih untuk berehat seketika dari dunia seni berhubung dengan kehamilannya yang pertama, malahan suaminya juga tidak mahu dirinya terikat dengan mana-mana projek lakonan buat sementara waktu.

Namun Izara masih gigih untuk memenuhi pelbagai undangan, termasuk baru-baru ini ke majlis perkahwinan teman baiknya, Farah Nabilah dan juga suami, Mohammed Amirul Yunus .

Di akhir temubual, Izara memberitahu wartawan bahawa dia mahu memanfaatkan waktu yang ada ini untuk bersama suami dan bolehlah dia melayan suami sepenuhnya meskipun terasa rindu untuk bekerja.

Izara sempat berseloroh dengan mengatakan kasih sayang suaminya terhadapnya nampak bertambah semenjak dia berada dirumah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments