Wednesday, October 16, 2024
HomeBERITARasional logo Malaysia MADANI - Anwar

Rasional logo Malaysia MADANI – Anwar

PETALING JAYA, 2 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sosial media beliau hari ini telah memperkenalkan rasional logo Malaysia Madani.

Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

Tema itu juga bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Logo Malaysia Madani yang mempunyai empat warna teras iaitu biru, kuning, merah serta putih itu juga turut mempunyai rasional tersendiri.

Warna biru; kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan manakala kuning adalah rasioanl mengenai nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.

Sementara itu, bagi warna merah; keberanian, jati diri dan keazaman manakala putih; keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni.

Logo tersebut juga dilengkami dengan jalur yang melambangkan lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara dan asas ideologi Malaysia.

Bulatan berwarna biru pula menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Sementara bulan sabit merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan dan bintang berbucu 14 menandakan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, beliau mengusulkan Malaysia Madani sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.

“Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya,” jelas beliau.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments