Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITARapid Test Kit tidak disarankan sebagai ujian pengesahan COVID-19

Rapid Test Kit tidak disarankan sebagai ujian pengesahan COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) antibodi tidak disarankan sebagai ujian pengesahan COVID-19.

Ini kerana terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) antibody di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas.

Menurut Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah, KKM telah menyarankan penggunaan ujian mengesan virus COVID-19 adalah dengan menggunakan ujian berasaskan antigen.

Ujian pengesanan berasaskan antigen ini adalah melalui ujian Real time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) ataupun ujian RTK Antigen.

“Kedua-dua ujian berkenaan memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil.

PENGGUNAAN RAPID TEST KIT (RTK) ANTIBODI TIDAK DISARANKAN SEBAGAI UJIAN PENGESAHAN COVID-19Isu yang dibangkitkan oleh…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 11 Mei 2020

“Kedua-dua ujian ini memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil.

“Ujian serologi RTK Antibodi yang menggunakan sampel darah dari hujung jari (finger prick) tidak boleh digunakan sebagai ujian pengesahan disebabkan kehadiran antibodi tidak dapat mengesahkan jangkitan semasa (active infection)”, ujar beliau.

Menurutnya, keputusan antibodi negatif pula tidak menjamin individu yang diuji tersebut tidak dijangkiti COVID-19.

“Ujian RTK Antibodi boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan kajian prevalen jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat atau di kalangan kumpulan sasar (seperti kumpulan pekerja).

“Ini selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana, RTK antibodi boleh digunakan dalam aktiviti survelan dan kajian epidemiologi.

“Pada masa kini tiada bukti kukuh dari kajian saintifik yang menunjukkan bahawa orang yang telah pulih daripada COVID-19 dan mempunyai antibodi adalah terlindung daripada jangkitan kedua (second infection)”, kata beliau mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments