Jangan bawa anak-anak ke pasaraya atau ke tempat-tempat sesak!

0

Terdapat beberapa perkongsian dilaman sosial yang menunjukkan sebilangan ibu bapa sanggup merisikokan keselamatan anak-anak dengan membawa mereka ke pusat membeli belah.

Lebih mengejutkan, ibu bapa memakai topeng muka, tetapi anak dibiarkan berkejaran di pasar raya tanpa perlindungan dan timbul rasa ‘beringat sebelum kena’.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, situasi berkenaan seolah-olah seperti ibu bapa yang memakai topi keledar, tetapi membiarkan anak tanpa dilengkapi memakai topi keledar ketika membonceng di hadapan atau belakang motosikal.

Terdapat beberapa perkongsian yang dihantar menunjukkan beberapa ibu bapa yang membawa anak keluar ke pusat membeli…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 11 Mei 2020

Meskipun pihak kerajaan telah melonggarkan sedikit pergerakan orang ramai dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ibu bapa perlu sedar anak anak yang berusia dua tahun ke bawah tidak digalakkan memakai topeng muka.

Oleh yang demikian, mereka sewajarnya terus berada di rumah dan tidak dibawa ke tempat yang sesak.

Walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.

Ibu bapa seharusnya lebih peka dengan situasi, suasana dan keadaan semasa kerana tiada siapa tahu mahupun dapat melihat keberadaan virus berkenaan atau siapa pembawa virus terbabit.

Stay safe, stay at home.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply