Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITARapatkan barisan, bantu Noraini - Shahrizat

Rapatkan barisan, bantu Noraini – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Meskipun tewas dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO tidak mematahkan semangat Tan Sri Shahrizat Jalil untuk terus berjuang membantu parti.

Yang nyata, pemimpin veteran itu mengajak penyokongnya pada pemilihan sayap itu terus menyokong kepemimpinan Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Semangat Tudung Merah terus membara dan marilah kita merapatkan barisan kembali membantu Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini dan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengukuhkan kedudukan parti keramat ini.

“Setia kepada ketua yang dipilih dan terus membantu presiden untuk terus fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), ” katanya berucap dihadapan kira-kira 1,300 ahli UMNO pada Majlis Silaturrahimdan Terima Kasih di sini, hari ini.

Shahrizat hadir bersama keluarganya meraikan penyokong beliau pada pemilihan UMNO, baru-baru ini.

Pada pemilihan Ketua Wanita UMNO, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tewas kepada Noraini.

Noraini mempertahankan jawatan mendapat 112 daripada 189 undi bahagian manakala Shahrizat memperoleh 77 sokongan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments