Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAFasa Peralihan Monsun dijangka bermula Khamis ini

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Khamis ini

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Khamis ini dan berterusan hingga pertengahan Mei ini menyebabkan hujan sebelah petang dan awal malam di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, cuaca itu berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur tidak kukuh.

“Ketika fasa peralihan monsun, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mudah-alih myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

“Orang ramai juga boleh hubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya menurut kenyataan itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments