Friday, May 24, 2024
HomeBERITARakaman audio SPRM : Dato’ Seri Mohd Najib Razak, Datin Seri Rosmah...

Rakaman audio SPRM : Dato’ Seri Mohd Najib Razak, Datin Seri Rosmah dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan dipanggil untuk rakaman percakapan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Mohd Roze Shaari hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengenai status perkembangan terkini siasatan polis terhadap kes-kes yang menarik perhatian ramai.

Antaranya, kes pendedahan rakaman audio oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setakat ini seramai 12 saksi antara individu yang dikenal pasti dalam rakaman audio tersebut telah dirakam keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah termasuk keterangan Dato’ Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Dato’ Amhari Efendi bin Nazaruddin.

Rakaman percakapan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Kes kedua adalah berkaitan akuan sumpah Azilah Hadri yang mengaitkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Seramai 15 saksi telah dirakam keterangan mereka setakat ini dan saksi-saksi lain yang telah dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan sebelum permohonan Azilah Hadri untuk mengkaji semula hukuman matinya yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijadualkan akan didengar pada 20 April 2020.

Kes seterusnya mengenai penyebaran khabar angin serta berita tidak sahih berkenaan penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Mohd Roze berkata, sehingga kini terdapat 22 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM di seluruh negara dan mendapati sebanyak dua kes telah dituduh di mahkamah iaitu tiga pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala satu pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu.

Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau pada mana-mana golongan awam.

Jika disabit kesalahan akan diperuntukan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duannya sekali”

Berbicara lanjut, beliau mengesa orang ramai agar menghentikan spekulasi berkenaan penularan khabar angin yang tidak sahih di media sosial ini kerana satu perkongsian yang tidak benar mengenai perkara berkaitan dikhuatiri akan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara.

Dalam pada itu beliau juga berharap orang ramai dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dalam menegakkan keadilan serta memelihara kedaulatan undang-undang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourcePDRM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments