Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKoronavirus : Penambahan satu kes baharu

Koronavirus : Penambahan satu kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan telah mendapati satu penambahan kes baharu disahkan positif coronavirus.

Kes yang melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan sedang menerima rawatan.

Penambahan satu kes baharu telah menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 18 pesakit.

Daripada 18 kes berkenaan, 12 adalah warganegara China manakala 6 kes lagi warganegara Malaysia.

Sementara itu, tiga kes positif jangkitan coronavirus sebelum ini dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Dua daripada pesakit pulih sepenuhnya dengan diberikan rawatan simptomatik manakala seorang lagi pesakit selepas diberikan rawatan ubat antiviral Kaletra.

Ketiga-tiga pesakit yang telah pulih merupakan warganegara China terdiri daripada dua orang lelaki masing-masing berusia 40 dan 63 serta seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments