Rahimi Osman bertanding Exco Pemuda UMNO

0
Muhammad Rahimi Osman, 38, menyerah borang pencalonannya di Auditorium Menara Dato' Onn

Kuala Lumpur: Koordinator Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Datuk Seri Najib Razak, Rahimi Osman, 38 menawarkan diri untuk mengisi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Rahimi yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuannya menawarkan diri kerana mahu menyumbang khidmat bakti dalam barisan pimpinan muda UMNO.

“Saya ingin menyumbang khidmat dan memberi nafas baharu kepada parti. Pada hemat saya ia bukan mudah namun itu lah hasrat saya, untuk menarik sokongan golongan muda dan menerap semangat berani berjuang.

“Pemuda UMNO perlu menjadi ‘front liner’ UMNO untuk berhadapan dengan serangan dan cabaran. Sudah tiba masanya saya berjuang atas kapasiti Pemuda. Di samping itu, perjuangan untuk mendapatkan keadilan buat Dato’ Seri Najib akan saya teruskan melalui platform Pemuda UMNO”

Mengikut rekod, beliau adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan bagi kategori tersebut.

Rahimi menyerahkan borang pencalonan pada jam 2.00 petang di Auditorium Menara Dato’ Onn.

Beliau telah menjadi ahli UMNO sejak 2012 di bahagian Temerloh, Pahang.

Leave a Reply