Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi mengumumkan bahawa UMNO  mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu menangi pada pilihan raya umum yang lalu.

Dalam perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, keputusan itu seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.–THE MALAYA POST