Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMara Liner teruskan tanggungjawab sosial sediakan pengangkutan awam di luar bandar

Mara Liner teruskan tanggungjawab sosial sediakan pengangkutan awam di luar bandar

PADANG TERAP 2 Okt – Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn. Bhd. (Mara Liner) akan terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar walaupun mengalami penurunan penumpang kesan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, syarikat itu akan terus menyediakan perkhidmatan bas baharu dengan kadar tambang lama.

“Walaupun berhadapan penurunan jumlah penumpang pada 2020 dan tahun ini, Mara tetap komited membantu masyarakat luar bandar dalam menyediakan perkhidmatan bas harian setanding yang dinikmati penduduk di kawasan bandar”, katanya kepada The Malaya Post.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bas Baharu Mara Liner di Bengkel Mara Liner Kuala Nerang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Menurut Datuk Seri Mahdzir, seramai 12,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas Mara Liner berbanding 83,000 penumpang di seluruh negara pada 2019.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap memberitahu, penumpang tidak perlu bimbang menaiki bas Mara Liner kerana kesemua pemandunya telah lengkap menerima suntikan vaksin sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pada masa sama, penumpang yang ingin membeli tiket bas ekspres Mara Liner juga disyaratkan lengkap dua dos suntikan vaksin”, katanya.

Dalam pada itu Datuk Seri Mahdzir berkata, Mara Liner sedia membantu memulihkan industri pelancongan memerusi perkhidmatan basnya.

Mara Liner menurutnya, menyediakan perkhidmatan sebanyak 174 perjalanan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis, Perlis setiap minggu bagi membantu menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi sejak 16 September lalu.

Katanya, bas ekspres itu turut mengambil penumpang dari Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.

Perjalanan bas ekspres tersebut mendapat sambutan menggalakkan selepas kerajaan melancarkan gelembung pelancongan Langkawi.

“Mara Liner turut menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke destinasi projek rintis gelembung pelancongan sebagai sokongan terhadap projek tersebut di bawah inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments