Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAProgram Subsidi Upah dilanjutkan tiga bulan lagi

Program Subsidi Upah dilanjutkan tiga bulan lagi

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) hari ini berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi.

Menurut beliau, pendekatan ini diambil susulan program terbabit telah disambut baik oleh pekerja dan majikan serta sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat akibat krisis pandemik COVID-19 yang melanda negara.

“Bagi membantu syarikat dalam tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi, kerajaan memutuskan akan memberikan kadar sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.

“Program ini akan diberi keutamaan kepada pekerja yang telah hilang sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta pekerja yang telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji.

“Inisiatif ini juga tertakluk kepada pekerja bagi sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang PKPB berkuatkuasa termasuklah sektor pelancongan,” jelas beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments