Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dan daripada jumlah terbabit , RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.
Menurut beliau, salah satu inisiatif berkenaan iaitu pihak kerajaan akan merangka dasar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja.
“Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap keselamatan sosial, sebanyak RM75 juta akan diperuntukkan.
“Peruntukkan yang pertama pertama adalah geran yang berjumlah RM50 juta.
“Ianya adalah dalam bentuk dana padanan dimana ianya akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP,” ujar beliau.
Tambah beliau, manakala peruntukkan keduanya adalah peruntukan yang bernilai RM25 juta akan disalurkan kepada MDEC.
Ia adalah untuk program Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan membimbing rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.
Bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif yang dikeluarkan, pihak kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional.
Jawatankuasa Khas ini akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan dan juga Menteri Sumber Manusia dengan wakil-wakil dari sektor swasta serta sektor awam yang berkaitan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply