Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAProgram Jom Cuci masjid pamer solidariti terhadap Palestin 

Program Jom Cuci masjid pamer solidariti terhadap Palestin 

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila memilih Masjid Ar-RIdzuan, Kg Bestari Jaya, Bestari Jaya, Selangor, sebagai lokasi edisi kali ke-45 aktiviti persatuan itu.

Program turut mempamerkan solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi regime Israel.

Seawal jam 8.30 pagi, peserta “Jom Cuci Masjid” sudah mula berkumpul di bulatan pintu masuk Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, Bestari Jaya, Selangor untuk upacara “flag off peserta dan bikers.

Program kali ini, terus menerima sambutan baik apabila disertai kira-kira 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara terutama dari Kuala Lumpur, Selangor serta Singapura.

Dan kira-kira jam 9 pagi, semua peserta tiba di Masjid Ar-RIdzuan, Kg Bestari Jaya, untuk berehat sebentar sambil menikmati sarapan pagi, sambil beramah mesra dengan penduduk di kariah ini.

Sebelum memulakan kerja pembersihan dan mencuci, seperti kelaziman peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Selepas itu, kerja mencuci, membersih serta mengecat masjid serta kawasan sekitar dimulakan oleh peserta dan penduduk kariah kampung secara bergotong royong.

Selesai tugasan berkenaan, peserta bergerak ke Tasik Hijau, iaitu Akademik Latihan Kanu Selangor, Kg Bestari Jaya, Bestari Jaya, untuk memulakan program “Bicara Santai”.

Program ceramah serta sesi soal jawab, dikendalikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, yang juga Presiden Sifu Bikerz.

Selesai, peserta serta penduduk, bergerak semula ke Masjid Ar-Ridzuan, untuk menikmati makan tengahari, diikuti solat zohor berjemaah.

Di penghujung program, JCM, seperti biasa, turut menyampaikan barangan keperluan asas kepada komuniti asnaf kariah di sini.

Ini termasuk penyerahan pek keperluan asas termasuk beras.

Menurut Nazir Masjid Ar-Ridzuan, Ustaz Mohd Zamri Amis mereka menyokong pendirian negara yang, yang mempertahanksn Palestin.

“Kami menyokong, membantu secara tidak langsung, kami sentiasa berdoa kebahagiaan mereka selama-lamanya.

” Terima kasih kepada JCM yang menjemput kami. Kami akan sentiasa menyokong perjuangan Palestin sekaligus aktiviti JCM”, Datuk Zailan Mohamed, Pengerusi DZ Bikers.

Program turut mendapat dokongan daripada daripada syarikat kopi premium.

Menurut, Norhidayah Mustafa, Eksekurif Pembangunan Perniagaan Richiamo Coffee, program kali ini istimewa ia terbabit secara langsung dengan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments