Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAProf Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tegur pendakwah selebriti yang cetuskan kontroversi...

Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tegur pendakwah selebriti yang cetuskan kontroversi sehingga mencalarkan imej seorang muslim

Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah meluahkan rasa kesal mengenai desas desus kontroversi yang sering berlaku di kalangan para Da’i dan pendakwah selebriti yang lahir melalui program realiti televisyen terkenal.

Beliau berasa kecewa dengan segelintir pendakwah yang mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga imej sebagai seorang muslim tercalar.

Menurutnya, sebagai seorang pendakwah haruslah menunjukkan sikap dan teladan yang baik pada masyarakat dan bukannya merosakkan imej Islam dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, sebelum ini industri kita pernah dikejutkan dengan pendakwah yang menceraikan isterinya ketika sedang mengandung setelah berkahwin dengan wanita lain.

Terkini, timbul pula kisah seorang Da’i yang berkahwin sewaktu berjumpa di depan Kaabah dan mengatakan ianya adalah sebagai satu petanda yang baik.

Tambahnya lagi, kepada para pendakwah atau Da’i hentikan menggunakan alasan berjumpa di depan Kaabah atau lain-lain yang tidak masuk akal untuk kepentingan diri sendiri.

“Jika jumpa depan Kaabah itu petanda baik termasuk minum air zam-zam sudah tentu negara dan rakyat Arab Saudi yang paling maju dan paling baik di dunia ini. Sebab, hari-hari insaf dapat berjumpa Kaabah dan menunaikan Umrah setiap hari.

“Tetapi malangnya, merekalah yang hebat dalam segala hal yang mencemarkan imej Islam. Berbunuh sesama saudara dan macam-macam lagi”, ujarnya.

Sehubungan itu , Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee turut menitipkan beberapa nasihat kepada semua pendakwah, antaranya ;

Pertama, sebagai pendakwah perlulah tunjukkan contoh yang baik kerana masyarakat nampak Islam pada diri kamu. Jika kamu rosak tempiasnya turut terkena kepada imej Islam. Rosakkan agama suci kita. Musuh-musuh Islam sentiasa guna senjata ini.

Kedua, jika terlalu ghairah ingin berkahwin lain lakukan dengan cara yang betul jangan sensasikan dan kontroversikan.

Ketiga, jangan sensasikan perceraian dengan isteri pertama. Kasihan mereka, malang sekali bila diceraikan ketika hamil. Begitu juga dengan mesej WhatApps sehingga diviralkan dalam laman sosial.

Keempat, dunia realiti TV bukanlah platform untuk menonjolkan diri. Tetapi adalah amanah. Makin ramai orang kenal makin besar amanah. Justeru itu, jangan terlalu ghairah sekiranya dapat masuk TV.

Kelima, dunia sebenar pendakwah adalah ilmu. Tuntutlah ilmu yang begitu luas melebihi air di lautan. Yang ada pada kita mungkin setitik dua. Program realiti yang kita menangi sekadar hafalan bukan dunia sebenar.

Pada akhir perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau meminta kepada para Da’i dan pendakwah menghentikan kontroversi di dalam media sosial.

“Oleh kerana agama Islam lebih penting untuk dijaga. Kita sebagai manusia hanyalah berada dalam dunia yang sementara”, katanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments