Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITADato’ Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan segera untuk bantu siasatan polis

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan segera untuk bantu siasatan polis

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk memberi keterangan segera kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan oleh bekas pegawai penyelidik beliau di pejabat Presiden PKR, Muhammed Yusoff Rawther.

Menerusi kenyataan media, beliau berterima kasih kepada pihak polis kerana menyegerakan siasatan.

“Ingin ditegaskan saya bersedia memberi keterangan kepada polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, sebelum ini dilaporkan berkata polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla telah dipanggil semula ke Balai Polis Bukit Aman lewat pagi kelmarin untuk siasatan lanjutan daripada keterangan yang diberi sebelumnya.

Haniff Khatri turut memberitahu, Muhammed Yusoff akan terus memberi pernyataan lanjut dari semasa ke semasa seperti yang diminta oleh polis untuk memastikan penyelidikan lengkap dan teliti dilakukan atas laporan anak guamnya itu.

Untuk rekod, Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung dakwaan cabul terhadap dirinya, selain menggesa supaya tindakan perundangan diambil terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kini kes terbabit dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments