Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPRN Melaka : UMNO mahu kerjasama dengan PAS dengan syarat PAS guna...

PRN Melaka : UMNO mahu kerjasama dengan PAS dengan syarat PAS guna logo sendiri

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi, MKT UMNO, malam ini memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS

Ia selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN

Pun begitu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam satu kenyataan berkata asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad berkata, mesyuarat turut bersetuju melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah PRN Melaka.

“MKT juga memberikan mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri (Naib Presiden), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,” katanya.

Mesyuarat Khas MKT UMNO malam ini dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November ini, manakala tarikh mengundi pula pada 20 November.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments