Thursday, November 19, 2026
HomeBERITACuri RM10 masuk penjara, curi RM1Billion boleh lepas, tanding PRU15 - Tun...

Curi RM10 masuk penjara, curi RM1Billion boleh lepas, tanding PRU15 – Tun Dr. Mahathir

Mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya untuk tempoh sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Tun Dr. Mahathir menyifatkan perkara itu sebagai luar biasa apabila individu yang berhadapan kes mahkamah menerima layanan berbeza berbanding rakyat biasa lain.

Malah kata beliau, Dato’ Seri Najib menerima layanan luar biasa apabila boleh menerima penangguhan kes perbicaraan dengan memberi alasan tidak sihat tetapi boleh hadir ke Parlimen.

“Najib Razak telah dihukum penjara dan denda kerana kesalahan money laundering. Kononnya kerana ia membuat rayuan hukuman tidak dilaksana.

“Tarikh kes rayuan ialah pada April 2021. Sepanjang masa ia bebas seperti orang yang tidak salah. Kes tidak didengar kerana bermacam alasan.

“Dia boleh hadir ke Dewan walaupun tidak dapat ke mahkamah. Adakala kononnya sakit. Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib. Tetapi keputusan ditangguh. Sudah enam bulan berlalu. Mahkamah belum buat keputusan,” katanya dalam kenyataan di Fan Page Dr. Mahathir bin Mohamad.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato’ Seri Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November.

“Sekarang banduan ini dibenar ke Singapura. Peguam Negara tidak bantah. Najib ubah tarikh kerana dipilih oleh UMNO sebagai pengurus dalam pilihan raya Melaka. Ini juga dilulus,” katanya

Dato’ Seri Najib mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan kerana beliau sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir berkata layanan yang diberikan terhadap Najib berbeza dengan layanan terhadap orang kebanyakan yang telah didakwa dan dihukum sehingga masuk penjara.

“Bilakah Najib akan dapat keputusan Mahkamah Rayuan. Jika didapati bersalah, Najib akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini juga akan ambil masa. PRU ke-15 pun sudah tiba. Najib belum disah oleh Mahkamah Persekutuan yang ia bersalah.

“Tentu boleh bertanding dalam PRU-15. Rakyat tentu berbangga. Curi 10-ringgit masuk penjara serta merta. Curi satu billion-ringgit boleh lepas dari penjara.

“Ramailah penyangak dan perasuah sekarang bebas menjelajah seluruh dunia sementara hukuman ditangguh atau pertuduhan dibatal.

“Sekali lagi dunia kagum melihat Malaysia, contoh demokrasi yang liberal di mana yang menang kalah, yang kalah menang, yang curi sedikit dipenjara, yang curi bertimbun bebas,” katanya.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments