Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAPolis berkas nenek berusia 100 tahun, tunai hajat hari jadi

Polis berkas nenek berusia 100 tahun, tunai hajat hari jadi

Sumber Foto Agensi

MELBOURNE, 24 Ogos – Pelik tapi benar.

Seorang nenek berusia 100 tahun ditahan polis pada majlis sambutan hari lahirnya bagi memenuhi hasrat warga emas itu sendiri.

Lapor laman berita LadBible semalam bekas jururawat tentera, Jean Bickenton, dikatakan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini, iaitu diberkas polis.

Justeru, ketika hari lahirnya yang ke-100, sepasukan polis dikejarkan ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care bagi menunaikan hasrat wanita berkenaan.

Menurut Bickenton, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.

“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,” katanya.

Sementara itu, polis negeri Victoria pada akaun Facebook berkata, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai hasrat Bickenton, mereka teruja untuk menjadikannya satu kenyataan.

Sejurus tiba di kemudahan jagaan warga tua tersebut, polis memberitahu penghuni lain bahawa ia merupakan rancangan sambutan hari lahir bagi memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.

“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments