Thursday, October 17, 2024
HomeBERITAMulai akhir 2023, beli dron kena daftar

Mulai akhir 2023, beli dron kena daftar

PUTRAJAYA, 25 Ogos – Mulai akhir tahun depan, individu yang ingin membeli sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) atau juga dikenali sebagai dron di negara ini perlu mendaftar diri untuk menggunakan alat elektronik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, pendaftaran itu perlu bagi pengawalseliaan operasi dron yang dilihat bebas ketika ini.

“Kami juga akan memperkenalkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (UTM) menerusi pindaan Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.

Buat masa ini, kami baharu memghantar draf tersebut kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan jangka boleh diwartakan menjelang suku pertama 2023,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Bengkel Pengoperasian UAS Bersama Petugas Media Putrajaya dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments