Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPN tidak sokong pinda perlembagaan tambah bilangan Timbalan Speaker

PN tidak sokong pinda perlembagaan tambah bilangan Timbalan Speaker

Majis Tertinggi Perikatan Nasional berpendirian, tidak ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional, PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, kewujudan dua Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persektuan adalah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, selain itu, peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga adalah memadai bagi tujuan menjamin kesempurnaan perjalanan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Justeru, Majlis Tertinggi PN berpendapat, tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini. Cadangan pindaan perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli-Ahli Dewan Rakyat

“Perikatan Nasional berpendirian bahawa persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang di Parlimen adalah terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan termaktub secara jelas dalam Memorandum Persefahaman
Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara YAB Perdana Menteri
dan pimpinan Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

“Pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak termaktub dalam memorandum persefahaman tersebut. Justeru, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanaannya.

“Atas dasar ini, Perikatan Nasional telah membuat pendirian untuk tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi tujuan ini,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments