Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALebih 50 peratus keahlian BERSATU bukan berasal dari UMNO

Lebih 50 peratus keahlian BERSATU bukan berasal dari UMNO

Lebih 50 peratus keahlian BERSATU terdiri daripada mereka yang masih ‘segar’ sebelum terjun kali pertama ke arena politik negara.

Demikian kata Ketua Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal.

Katanya, majoriti Ahli BERSATU tidak pernah menjadi ahli atau anggota bagi mana-mana parti terutamanya UMNO.

Justeru, beliau menegaskan, saranan untuk membubarkan parti itu sekali gus ahlinya kembali ke pangkuan UMNO tidak relevan, malah tidak adil.

“Ini kerana BERSATU yang dibentuk hari ini telah dipilih oleh mereka yang pertama kali menjadikan parti itu sebagai platform terlibat dalam arena politik.

“Untuk pengetahuan Datuk Seri Zahid, lebih 50 peratus keahlian BERSATU bukan berasal dari UMNO,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments