Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAPM tinjau projek pembangunan pelancongan Johor

PM tinjau projek pembangunan pelancongan Johor

Hari kedua lawatan rasmi di Johor, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke kawasan pembangunan pelancongan Desaru Coast, projek riadah bersepadu di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) di Bandar Penawar, Pengerang.

Program pertama dengan taklimat pembangunan projek pelancongan Desaru Coast berkeluasan 3,900 ekar oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa meninjau Desaru Coast Adventure Waterpark, iaitu taman tema air terbesar di Malaysia yang dibina di atas tapak berkeluasan 21 ekar dan mampu menampung sehingga 12,000 pengunjung pada satu masa.

Perdana Menteri dibawa melawat projek pembinaan terminal feri antarabangsa yang bakal menghubungkan Johor dengan Singapura serta Indonesia.

Terminal Feri Desaru Coast yang dijadual beroperasi pada suku pertama tahun depan itu dijangka mampu mengendalikan 3,000 kedatangan pada tahun pertama operasi yang dilengkapi dengan kemudahan imigresen, kastam dan kuarantin itu bakal menjadi pintu masuk terbaharu ke Malaysia.

Lawatan ini juga memberi peluang kepada Perdana Menteri melihat sendiri aktiviti pelancongan di negeri Johor susulan pandemik COVID-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pembangunan berterusan di Desaru Coast akan memastikan Johor kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan dan membantu semua pihak yang terkesan akibat penularan COVID-19 menjana semula ekonomi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments