Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAEnam kes baharu Kluster Tawar

Enam kes baharu Kluster Tawar

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat enam kes baharu dari Kluster Tawar pada hari ini membabitkan lima kes di Kedah dan satu kes di Pulau Pinang.

Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini adalah sebanyak 39 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari hari ini, seramai 899 orang telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut :

1) Kedah (727 disaring) :

-35 kes dikesan positif COVID-19;

-643 individu negatif; dan

-49 individu masih menunggu keputusan.

2) Pulau Pinang (164 disaring) :

-4 kes dikesan positif COVID-19;

-155 individu negatif; dan

-5 individu masih menunggu keputusan.

3) Perak (8 disaring) :

-Tiada kes dikesan positif COVID-19;

-5 individu negatif; dan

-3 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments