Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijadual akan menerima suntikan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty pada jam 2.30 petang ini.
Suntikan pelalian tersebut akan diadakan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11 dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.
Ia merupakan simbolik pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diawalkan daripada Jumaat.
Selain itu, empat petugas perubatan dijangka turut sama menerima vaksin tersebut.
Perdana Menteri sebelum ini pernah menawarkan diri menjadi penerima pertama vaksin bagi membuktikan bahawa ia selamat sekali gus untuk menggalakkan lebih ramai rakyat tampil secara sukarela menerima vaksin COVID-19.

Leave a Reply